11 September 2012 - 01:55

Persidangan Dialog Agama dan Budaya ke-26 yang dihadiri ratusan pemimpin agama bermula kelmarin di Sarajevo.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ratusan pemimpin mazhab dari seluruh dunia menghadiri Persidangan Dialog Agama dan Budaya di Sarajevo kelmarin. Antara wakil dari Iran yang turut serta ialah Ayatullah Muhammad Ali Tashkiri selaku anggota Syura Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait dan Timbalan Pengarah Rahbari dalam Hal Ehwal Dunia Islam.



Dalam atucara ini, selain  pemimpin tertinggi dalam politik serantau, Ketua Majlis Presiden bosnia Baqir Izzat Bogovich, Presiden Croatia Ivo Josipović, Presiden Montenegro Filip Vujanović, Presiden Majlis Menteri-menteri Itali Mario Monti, Pengerusi Majlis Eropah Herman Van Rompuy dan ribuan orang yang terkenal sebagai pencinta agama dari seluruh dunia, mazhab dan budaya menganggap kehidupan yang aman damai merupakan satu keperluan di rantau ini.



Para pemimpin mazhab Islam, Kristian, Yahudi Bosnia dan Herzegovina memberikan ucaptama. Agenda penting dalam ucapan mereka ialah betapa pentingnya kehidupan saling menghormati kepada agama dan mazhab yang lain termasuk juga perdamaian. 


Dalam persidangan tersebut, Mustafa Cerić selaku wakil umat Islam bangkit memberikan ucapan dalam bahasa Inggeris dengan mengatakan, "Perdamaian dan penghormatan terhadap seluruh insan merupakan ajaran agama dan perintah Nabi (s.a.w). Dengan ini kami memaklumkan bahawa dunia tanpa peperangan dan keamanan sepanjang masa sangat diperlukan."


Setelah itu pemimpin gereja Katolik sedunia Pop Benedict XVI memberikan ucapan tentang kepentingan perdamaian di seluruh dunia.


Pakar mengatakan persidangan ini mengeirim mesej jelas kepada seluruh dunia bahawa dialog terbuka antara agama dan budaya dapat membawa keamanan di masa hadapan.